MODEL INDEKS KREDIBILITI TERHADAP AKAUNTABILITI INSTITUSI ZAKAT

Video
Abstract
Institusi zakat merupakan sebuah institusi pemegang amanah yang besar terhadap dana awam. Selaku pemegang amanah, intitusi zakat tidak terlepas dari pandangan negatif oleh pihak berkepentingan dari segi kutipan dan agihan antaranya kutipan yang tidak seimbang, agihan lebihan yang tidak diagihkan dengan cekap kepada asnaf, dan lain-lain lagi. Keadaan ini menyebabkan pembayar zakat terus membayar kepada asnaf tanpa melalui institusi zakat yang berautoriti disebabkan kurang kepercayaan dan keyakinan. Oleh itu pembentukan model yang bertepatan dengan masalah ini perlu dibangunkan untuk menarik dan meningkatkan kredibiliti terutamanya dari pihak berkepentingan terhadap akauntabiliti institusi zakat. Ini kerana kajian ini adalah penting terutamanya panduan kepada institusi zakat dan seterusnya rujukan pihak berkepentingan serta para pengkaji akan datang yang berminat terhadap kajian zakat.
Team Member
  1. SITI NOORBIAH MD REJAB
  2. DR HAIRUNNIZAM BIN WAHID
  3. PROF MADYA DR SALMY EDAWATI YAACOB
  4. DR NAJAHUDIN BIN LATEH
Result