SUAR IL-WI

Video
Abstract

“SUAR IL-WI”

Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Matapelajaran Jawi

 

MUNERA BINTI HASHIM

TEAM:i-SRAPA

Sekolah Rendah Agama Puncak Alam

Jalan Gugusan Alam 7/1, Seksyen 7,42300 Bandar Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan

munerajamal@gmail.com

 

ABSTRAK

Guru perlu sentiasa bertindak kreatif dalam memudahkan murid menerima isi pelajaran. Oleh itu i-SRAPA membawa tema “SUAR IL-WI” untuk membantu murid secara khususnya dalam meningkatkan kemahiran membentuk huruf, menulis perkataan, mengeja dan membaca bagi matapejaran Jawi. “SUAR IL-WI” adalah alat yang menggunakan kaedah latih tubi. Metodologi yang dilaksanakan adalah melalui ujian pengesanan dan pemerhatian tingkah laku serta semakan buku tulis murid. Tinjauan awal mendapati murid kurang mahir dalam menulis Jawi dengan baik dan kemas. Islam suka dengan kecantikan, oleh itu menulis dengan kemas dan cantik merupakan akhlak yang diterapkan di dalam Islam. Daripada itu i-SRAPA telah menghasilkan alat yang dinamakan “SUAR IL-WI”. “SUAR” bermaksud nyalaan api atau cahaya. Ia sesuai dengan konsep bahan utama yang digunakan iaitu lampu suluh kepala. “IL” adalah singkatan daripada perkataan “ILMU” dan “WI” adalah singkatan daripada perkataan “JAWI”.  “SUAR IL-WI” diinovasikan daripada lampu suluh kepala. Konsep “SUAR IL-WI” adalah teknik peniruan banyang-banyang. Ia memancarkan cahaya yang mempunyai bayang-bayang tulisan atau huruf pada kad yang telah disediakan. Kemudian murid meniru semula tulisan bayang-bayang tersebut dengan menulis berulang kali. Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan “SUAR IL-WI” ialah lampu suluh kepala, botol dan plastik lutsinar. Ia merupakan bahan yang mudah diperolehi, menjimatkan kos dan menjimatkan masa operasi pembuatan. Antara kelebihan “SUAR IL-WI” ialah dapat memberi impak yang besar dalam memperkayakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Kemahiran membaca Jawi adalah selari dengan kemahiran membaca AL-Quran. “SUAR IL-WI” dapat membantu ramai orang yang ingin memperkayakan pelbagai ilmu dalam kehidupan terutama aktiviti membudayakan Al-Quran dan memartabatkan tulisan Jawi. Selain ia sesuai digunakan bagi matapelajaran aliran agama seperti Feqah, Tauhid, B.Arab dan yang lainnya, ia juga sesuai digunakan bagi matapelajaran aliran akademik seperti Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan sebagainya. “SUAR IL-WI” juga dapat membantu mengubah emosi dan meningkatkan motivasi yang tinggi kepada guru dan murid. Ia juga membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor dengan lebih baik dan seimbang. Murid juga dapat menulis dengan kemas, mengikut arah yang betul dan membentuk huruf dengan baik kerana “SUAR IL-WI” pernah membantu murid dyslexia yang tidak mahir menulis mengikut arah yang betul. Ini menunjukkan bahawa “SUAR IL-WI” satu alat yang mudah dibawa dan digunakan serta sesuai kepada semua peringkat umur tanpa mengira bangsa dan agama kerana kemahiran membaca Jawi membantu masyarakat berkomunikasi di dalam institusi sosial harian.

SUAR IL-WI, Jawi, lampu suluh

Team Member
  1. MUNERA BINTI HASHIM
  2. NURSYAZA BT MAHMUD
  3. MOHAMAD IZZUL AZMIL B. RUSMIN
  4. NURSYAKILA BT ZULKIFLI
  5. MUHAMMAD FATEH B. ABD MUTHALIB
  6. ANIS SUHAILA BINTI ARBAK
Result