PLAZA TOL RAPUSA

Video
Abstract

“PLAZA TOL RaPuSa”

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENUKAR KALIMAH DAN NOMBOR, BAGI MATAPELAJARAN BAHASA ARAB

 

MUNERA BINTI HASHIM

TEAM:i-SRAPA

Sekolah Rendah Agama Puncak Alam

Jalan Gugusan Alam 7/1, Seksyen 7,42300 Bandar Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan

munerajamal@gmail.com

 

Nombor dan bilangan tidak boleh dinafikan di dalam sosial kehidupan seharian malah saling berkait rapat dengan ukuran, timbangan, kiraan dan sebagainya. Fokus utama kajian ini adalah meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal nombor dan bilangan di dalam Bahasa Arab (اَلْاَعْدَادُ وَ اَلْاَرْقَامُ ). Metodologi yang dilaksanakan adalah melalui ujian pemerhatian analisis dokumen, pemerhatian tingkah laku murid dan soal selidik. Tinjauan awal mendapati murid kurang mahir dalam menukar kalimah kepada nombor serta menukar nombor kepada kalimah. Ini di sebabkan murid keliru kedudukan rumah ratus, puluh dan sa. Objektif utama kaedah permainan melalui teknik “Plaza TOL RaPuSa” dijalankan adalah membantu meningkatkan kemahiran murid menukar kalimah dan nombor di dalam Bahasa Arab iaitu menggunakan formula “RaPuSa” (menukar nombor) “PuSaRa” (menukar kalimah). Daripada itu i-SRAPA telah menghasilkan alat yang dinamakan “Plaza TOL RaPuSa”. “PLAZA” bermaksud tiga bangunan yang di bina iaitu Ra: Rumah Ratus, Pu: Rumah Puluh dan Sa: Rumah Sa. “TOL” ialah arahan iaitu “T” bermaksud Tiap murid perlu hafaz nombor صفر hingga تِسْعَةٌ (٠-٩), “O” bermaksud Objektif utama: Murid perlu mengenal rumah ratus,  puluh dan sa. “L” bermaksud Lihat dan kenal warna Trafic Light (merah, hijau dan kuning). Bahan-bahan utama untuk menghasilkan “Plaza TOL RaPuSa” ialah botol mineral, straw, kotak dan papan kek. Ia merupakan bahan yang mudah diperolehi dan menjimatkan kos. Cara perlaksanaan “Plaza Tol RaPuSa” ialah sambil bernyanyi lagu temanya murid boleh mengambil soalan dan membuat pemerhatian kepada Signboard (papan nota). Kemudian memutarkan kalimah di dalam kotak Destination Target (nombor di dalam perkataan di kotak Pu, Sa dan Ra). Menggerakkan Roll Touch (nombor pada Plaza Ra, Pu dan Sa) yang terdapat pada Plaza Bil (tiga bangunan Ra, Pu dan Sa) mengikut padanan RaPuSa dan PuSaRa. Murid perlu memastikan Bil Number sepadan dengan Destination Target. Langkah terakhir murid perlu menulis nombor atau kalimah di kertas Resit. Antara kelebihan Plaza Tol RaPuSa” ialah mudah dibawa dan digunakan serta sesuai kepada semua peringkat umur tanpa mengira bangsa dan agama. Sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan mudah serta berkesan. Selain itu, “Plaza Tol RaPuSa” dapat mengubah emosi dan meningkatkan motivasi yang tinggi. Ia juga membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor dengan lebih baik dan seimbang. Jelas menunjukkan bahawa Plaza Tol RaPuSa” memudahkan murid mendalami ilmu Al-Quran dan Hadith kerana isi kandungan AL-Quran terdapat nombor dan bilangan seperti di dalam Surah An-Nisa’ ayat 3 (Munkahat), Surah An-Nisa ayat 11 (Faraid) dan Surah An-Nur ayat 2 (Jinayat).Plaza Tol RaPuSa” juga membuka peluang kepada golongan bukan Islam mempelajari ilmu nombor dan bilangan di dalam Bahasa Arab serta mengaplikasi di institusi sosial terutamanya ketika proses muamalat (jual beli) berlaku.

 

Plaza TOL RaPuSa, nombor, Bahasa Arab

Team Member
  1. MUNERA BINTI HASHIM
  2. JAMALIAH BT SALLEH
  3. USMI FADHLINA BINTI MOHD YUNOS
  4. FATIMAH NOR BINTI BADRUL HISAM
  5. NOOR HAFIZAH BT SHAPEEI
  6. NURUL AKMAL BINTI MOHD ZAKI
  7. MUHAMMAD BAHIRUL HAYAT BIN MASDUKI
  8. MUHAMMAD FATEH B. ABD MUTHALIB
Result